Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

#TwtupGamersMY: Program Gathering Bersama Gamers Sabtu Ini

62

Masih lagi ingat dimana kita semua mengajak rakan-rakan sekolah dan jiran kita untuk datang ke rumah dan bermain game sesama. Sekarang pula, dengan teknologi internet yang pantas, bermain game secara multiplayer adalah salah satu cara untuk kita mendapat rakan-rakan baharu melalui hobi yang sama.

Dari dulu hingga kini ianya sama, saat gaming akan lebih bermakna dengan bermain sekali bersama rakan-rakan. #TwtupGamersMY tercipta dengan inisiatif yang sama, untuk menghubungkan sesama gamers didalam satu program gathering yang akan diadakan pada 16hb April (Sabtu) di Gravy Factory, NU SENTRAL.

Program berkonsepkan lepak & chill akan menyediakan pelbagai aktiviti kepada peserta seperti berborak tentang gaming, podcast (bersama rakan siaran: Rambling Monkeys), cabutan bertuah, mini tournament (Street Fighter V dan Super Smash Bros) dan juga pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang program ini:

Tarikh & Masa: 16hb April 2016 (Sabtu) – 12pm hingga 3pm.

Tempat: The Gravy Factory, NU SENTRAL.

Pendaftaran: RM60 (hidangan ringan dan T-Shirt disediakan)

image

Pelbagai rakan gaming juga akan turut hadir serta, seperti Kitamen (Platform gaming), Tru Communique (Pengedar game), Rambling Monkeys (Podcast) dan juga The Kampung Nerd (Youtuber).

Tempat adalah terhad, maka untuk sesiapa yang berminat, anda boleh mendaftar sekarang melalui emel ke twtupgamers@gmail.com

- Iklan -