fbpx

Tiada Assassin’s Creed Baharu Untuk 2016: Ubisoft

Ubisoft baru sahaja mengumumkan bahawa tiada Assassin’s Creed (AC) baharu akan keluar pada tahun 2016. Menurut satu kiriman dari blog Ubisoft, kumpulan pembangun AC akan berehat sebentar bagi meneliti dan memperbaharui formula dan mekanik permainan untuk menambah baik kualiti francais mereka yang akan datang.

Keputusan ini pada pendapat peribadi penulis adalah sesuatu yang baik untuk jenama Assassin’s Creed itu sendiri. Pada November 2014, Assassin’s Creed: Unity diterbitkan dan ia sangat mengecewakan dari segi prestasi terutamanya edisi PC lalu melemahkan jenama Assassin’s Creed dengan kecacatan. Tidak sampai setahun kemudian pada Oktober 2015, Ubisoft menerbitkan Assassin’s Creed: Syndicate. Walaupun Syndicate satu percubaan yang agak berjaya dari Ubisoft, ini merisaukan peminat AC akan kualiti permainan kerana penerbitan secara tahunan sejak 2009 lagi agak menekan kumpulan pembangun untuk muncul dengan pembaharuan dalam setiap keluaran AC baharu.

Diharapkan dengan penangguhan ini akan menghasilkan Assassin’s Creed baharu yang lebih inovatif dan menyeronokkan untuk mengekalkan jenama Assassin’s Creed sebagai francais diminati ramai dengan premis unik dan kreatif dalam penceritaan sejarah alternatif.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -