fbpx

Ulasan: Ghost Of Tsushima – Aksi Samurai Didalam Dunia Yang Sungguh Cantik

Konsol PS4 bakal memberi laluan kepada PS5 pada penghujun tahun ini, dan Ghost Of Tsushima adalah satu permainan eksklusif parti-pertama Sony untuk konsol generasi kini.

Sucker Punch telah menukarkan arah tujuan mereka sepenuhnya untuk permainan baharu mereka. Anda boleh lihat bentuk permainan mereka sediakan dari permainan konsep platforming, Sly Cooper sehinggalah permainan berkarakter yang mempunyai kuasa super, Infamous. Ghost Of Tsushima pula lebih kepada permainan dunia terbuka yang langsung dengan inspirasi yang jelas dari samurai cinema.

Sebagai permainan dunia terbuka, ianya dibuat dengan cemerlang. Ianya mampu menyampaikan suasana serba baharu dari genre yang agak tidak menarik didalam industri. Namun dengan layaran pengalaman sinematik membawa satu permainan yang seronok dimainkan.

Ditempatkan pada abad ke-13, kempen penaklukan Mongols yang dibawa ke kepulauan Tsushima di Jepun. Lapan puluh samurai menempur puak penceroboh ini, namun gagal dan hampir semua maut semasa pertempuran.

Samurai Jin Sakai, anak buah kepada Lord Shimura yang dimana terselamat dari pertumpahan darah tersebut. Beliau kini memulakan misi untuk menakluk semula tanah air beliau dalam apa jua cara.

Penyampaian

Pulau Tsushima amat subur dengan pokok-pokok dan tumbuhan, dan semestinya diberi dengan suasana yang amat cantik. Kawasan permulaan di Izuhara dipenuh dengan pokok-pokok warna-warni dengan cenuram yang cerun. Berbeza pula dengan Toyotama, sebuah kawasan yang dikeliling bungaan dan sawah padi. Sucker Punch berjaya mencipta dunia terbuka yang megah lagi cantik mata memandang.

Namun tidak bagi PS4 versi asas. Ternyata tekstur kualiti rendah terlihad dengan sudut bergerigi. Malah pergerakan baju ternyata nampak kaku khususnya semasa sesi perlawanan yang memakai banyak elemen grafik.

“Samurai Cinema”

Keadaan cuaca memainkan peranan yang besar untuk membawakan suasana yang sesuai didalam permainan ini. Suasana yang dipakejkan sekali dengan pencahayaan dinamik, ianya membuatkan dunia terbuka permainan ini mahupun sedikit kecatatan, tapi mampu mempersonakan pemain. Kepada sesiapa yang suka gambar permainan, Photo Mode juga tersedia untuk diguna.

- Iklan -

Malah, Sucker Punch mengambil fungsi ini sehingga ke kesan partikel, peniupan dedaunan dan lambakan kunang-kunang pada waktu malam, ternyata cantik dilihat.

Runut bunyi juga amat sempurna menangkap suasana zaman samurai yang permainan ini ingin sampaikan. Malah ketukan gendang taiko semasa pertempuran sekaligus membawakan pemain mengalami suasana tersebut.

Alih suara Jin didalam bahasa Jepun juga amatlah tepat dengan tona dan lagu suara beliau, sama seperti apa yang kita jangkakan dari seorang samurai.

Pengalaman Permainan

Kalau anda sedia tahu, betapa banyaknya permainan parti-pertama Sony menggunakan konsep dunia terbuka. Walaubagaiamanapun, tema dan pendekatan permainan ini lebih dari “Assassin’s Creed Japan” yang kita nantikan.

Sucker Punch membuat pilihan baik dimana ketiadaan menara-menara yang dimana pemain perlu mengimbas untuk peta menyerlahkan pelbagai ikon lambakan misi-misi yang perlu dihabiskan. Permainan ini nyata berbeza dengan “menyuruh” pemain berkeliaran tanpa ketahui tujuan seterusnya berbanding mengikut ikon di peta hanya untuk menghabiskan sesuatu misi.

Malah, tiada peta mini atau kompas didalam HUD permainan ini. Malah HUD juga kebanyakan akan hilang semasa ekplorasi, kerana pemain lebih memerlukan “guiding wind”.

Dimana Angin Bertiup

Bantuan angin (guiding wind) ini adalah menyerupai sistem waypoint. Anda hanya perlu mengikut tiupan angin tersebut untuk mencapai tempat yang ditujui. Pemain hanya jentikkan pad sesentuh DualShock dan tiupan angin hadir meniup bunga dan pokok-pokok untuk membantu arah tuju pemain.

Selain dari angin, ada juga bantuan lain diberi untuk membantu pemain. Seperti jejak musang ke kuil Inari, pagar Torii ke kuil Shinto dan juga burung emas untuk tempat menarik seperti tempat misi, dan kawasan rahsia yang lain.

Dunia terbuka dan mekanik eksplorasi direka dengan bijak sekali. Malah, ianya tampak cantik dilihat didalam skrin TV seakan ganjaran dari mata pemain, bukan sahaja dunianya sahaja, malahan beberapa tanda jalan didalam permainan ini. Ianya dibuat dengan cemerlang dan satu perkara yang bijak, dan sepatutnya satu kandungan yang perlu diletak didalam permainan dunian terbuka yang lain. Membuatkan pemain berinteraktif dengan keadaan sekililing, bukan melihat peta semata-mata.

Jiwa Bersama Bilah Pedang

- Iklan -

Samurai terakhir dari klan Sakai, Jin, berlawan dengan senjata utamanya, katana. Didalam prolog, berlawan dengan pedang yang laju namun memedihkan, salah satu pengalaman yang memuaskan pemain. Malah serpihan darah semasa pertempuran membawakan lagi suasana unik tersebut.

Sebagai samurai, anda boleh memulakan perlawanan dengan mencabar musuh ataupun duel. Ianya mekanik yang mudah, namun menjadi lebih mencabar dalam jangka masa yang panjang.

Pergi Bersama Bilah Pedang

Satu masalah yang saya alami adalah dimana perlawanan pedang memerlukan pergerakan kamera yang manual. Namun, kamera didalam permainan ini juga tidak mampu menangkap pergerakan Jin yang pantas. Sebagai contoh, kamera membawa ke sudut yang pelik dan menghalang pandangan karakter mahupun musuh, sekaligus membenarkan musuh untuk menyerang pemain.

Didalam sesi awal permainan, anda akan diselubungi oleh ramai musuh, maka banyak berlari dari pertempuran bakal terjadi. Anda mungkin mempunyai keyakinan untuk menempur namun anda bakal ditempuh oleh musuh yang terlalu ramai sehinggakan satu tahap karakter anda tidak mampu untuk membunuh semua dalam satu masa.

Berlawan Seperti Seorang Yang Pengecut

Jin sedar bahawa kod tegas samurai tidak mampu membantu beliau untuk mengalahkan tentera Mongol. Maka, untuk membebaskan Tsushima, beliau perlahan-lahan mengadaptasikan perlawanan senyap. Satu taktik yang sama sekali berlawanan dengan kod kehormatan samurai.

Malah, tiada sistem moral disini, anda bebas menggunakan pelbagai alat semasa perlawanan, satu sistem yang berbeza dengan Infamous.

Sebuah Permainan Aksi, Bukannya RPG

- Iklan -

Konsep Ghost Of Tsushima adalah lebih kepada permainan aksi dunia terbuka berbanding dari RPG. Salah satu sebab adalah, mahupun permainan ini nampak cuba menunjukkan mata kerosakan semasa perlawanan. Beberapa barang juga diterangkan sebagai “minor”, “major” ataupun “moderate” berbanding dengan nombor tahap yang sering dilihat didalam permainan RPG.

Carta kemahiran juga turut serta, dimana mata diraih semasa menaikkan XP pemain. Semestinya bergantung kepada pemain untuk pengunaan mata pada penambahbaik kemahiran karakter.

Kandungan

Permainan ini amatlah panjang, namun dengan perjalanan yang epik. Saya melepasi Act I selepas 17 jam sesi permainan, sehinggalah 50 jam untuk mencapai kredit akhir permainan. Sebagai “completionist”, mungkin tambahan 10 jam diperlukan.

Kebanyakan kandungan dapat dilihat semasa sesi awal permainan, namun bakal berkurangan pada sesi tengah dan akhir permainan.

Jalan cerita adalah baik. Kisah dendam dari samurai yang kesunyian menempur beberapa musuh dengan pemahaman masing-masing. Penceritaan juga disampaikan dengan baik dari mula hinggalah saat penghujung.

Kepuasan Individu

Banyak permainan dunia terbuka yang telah main sebelum ini, bukannya sebab saya suka genre ini, namun lebih kepada sifat teruja dengan eksplorasi ke dunia yang tidak diketahui.

- Iklan -

Namun dengan hakikat Ghost Of Tsushima sembunyikan aktiviti dan barang koleksi dari peta, membuatkan pemain melihat dunianya yang cantik adalah satu formula yang bijak sekali. Satu inspirasi untuk genre dunia terbuka yang kian buntu dan telalu biasa dilihat.

Zaman Pertengahan Jepun mungkin satu zaman yang klise, namun tak semestinya satu perkara yang perlu dihentikan semata-mata.

Photo Mode permainan ini amatlah baik dengan banyak tetapan dan fungsi turut serta untuk pemain.

Dalam pendapat saya, mereka telah melakukan kerja yang baik dari segi penyampaian jalan cerita dan zaman permainan ini.

Kesimpulan

Ghost Of Tsushima membawakan idea baharu didalam genre yang hampir mencapai jalan buntu, iaitu genre dunia terbuka.

Ianya sebuah permainan aksi dunia terbuka yang baik dan bakal memakan berjam lamanya pada pemain. Namun disertakan dengan penyampaian yang baik.

Permainan terakhir parti-pertama PS4 oleh Sucker Punch ini berjaya mendapat pandangan tinggi dari kami.

Dimainkan pada PS4 versi asas. Unit ulasan disediakan oleh PlayStation Asia. Artikel asal oleh Gamer Matters dan diterjemahkan untuk pembaca Gamer Malaya.

8.9

Ghost Of Tsushima

  • Penyampaian 8.5
  • Pengalaman Permainan 9
  • Kandungan 8
  • Kepuasan Individu 10


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -