fbpx

Ulasan: Mafia 2 Definitive Edition

Selepas sedekad dari pelancaran asalnya, Mafia 2 Definitive Edition dilancarkan, namun malangnya ia bukanlah satu remastered yang baik untuk pembawaan semula permainan klasik ini. Malah, didalam PC yang berspesifikasi yang tinggi, permainan ini masih mempunyai banyak masalah yang tidak pernah dilihat didalam Mafia 2 versi asal.

Walaupun ianya salah satu remastered yang tidak berapa kemas, namun ianya masih sesuatu permainan yang menyeronokkan.

Penyampaian

Dari segi reka bentuk permainan, semestinya permainan menyampaikan dengan baik dengan suasana kereta di zaman 50-an, suasana bandar, senjata, mahupun pakaian NPC yang mendapat penambahbaikan kualiti atas sebab dari teknik remastered untuk Definitive Edition.

Walaubagaimanapun, prestasi teknikal permainan ini tidak berjalan dengan lancar dan sentiasa mendapat kecacatan grafik semasa adegan potong dengan tekstur yang tidak stabil mahupun adegan didalam bangunan ataupun di dunia terbuka Mafia 2.

Malahan, ianya kadangkala sukar untuk kekal pada 30 paparan sesaat untuk PS4 (edisi slim) semasa pembukaan penceritaan dengan suasana salji didalam permainan ini.

Sekurang-kurangnya, muzik dari radio seronok didengari dan tiada isu dengan audio dialog setakat ini.

Pengalaman Permainan

- Iklan -

Mafia masih lagi permainan yang kita semua ketahui dari zaman semasa pelancarannya. Anda boleh mencuri kereta, cari pasal dengan pesaing anda dengan beberapa pergaduhan dan tembakan, dan seterusnya tuju ke rumah untuk tamatkan misi.

Ianya sebuah pengalaman permainan separa-linear dan ianya agak menarik, seakan satu permainan JRPG Nier Gestalt tapi didalam versi dunia ala-GTA.

Akan tetapi, studio disebalik projek remaster ini, D3T mungkin terlepas memo dari 2K untuk membaiki isu utama yang sedia ada di Mafia 2 asal, salah satunya adalah kawalan. Ianya rasa janggal dan tidak tepat pada satu masa, mahupun tetapan telahpun dibuat.

Malah, sudut kamera semasa perlawanan juga tidak stabil membuatkan pemain sukar untuk bermain semasa situasi pertempuran. Peluang yang terlepas dari studio D3T untuk membaik pulih dari versi asal semestinya satu perkara yang amat mengecewakan.

Kandungan

Walaupun dengan isu permainan yang “telah lama” dan isu prestasi yang teruk, jalan cerita permainan semestinya sesuatu yang boleh mengubati kemarahan diri semas bermain permainan ini. Dengan tambahan kandungan DLC sebagai Joe Babero untuk beberapa misi ekstra, semestinya amat dihargai.

Kepuasan Individu

Saya cuba untuk mencintai permainan remastered ini, saya betul-betul cuba. Namun ianya bukan sesuatu yang boleh dimainkan. Mahupun Mafia adalah sebuah siri permainan yang dikenali dengan kecacatannya, namun Definitive Edition mempunyai terlalu banyak kecacatan untuk dikendali. Isu besar, bugs dan masalah teknikal sedia ada, tambahan dari edisi baharu ini, semestinya mengecewakan pemain.

Namun jalan cerita Vito masih boleh dikatakan satu jalan cerita yang terbaik didalam permainan video.

6.3
Okay

Mafia 2 Definitive Edition

Mafia 2 Definitive Edition cuba untuk membawa permainan klasik ini untuk peminat baharu mengenalinya. Namun ianya mengecewakan dari segi masalah teknikal dan kecacatan yang tidak dibaik pulih dari versi asal permainan ini.

  • Penyampaian 6
  • Pengalaman Permainan 7
  • Kandungan 6
  • Kepuasan Individu 6
Berkaitan

- Iklan -

Komen