Uncharted HD Collection Tertiris Untuk PS4

Now Reading
Uncharted HD Collection Tertiris Untuk PS4

Namun Tiada Kenyataan Dari Sony Setakat Ini.

Sementara kita semua masih menunggu dengan siri Uncharted baharu, satu gambar tertiris menampakkan bahawa siri Uncharted akan datang ke platform PS4 didalam Playstation Store malam tadi.

Gambar yang menyatakan tajuk baharu bernama Uncharted: The Nathan Drake Collection, diperkatakan bahawa adalah sebuah koleksi “Remastered” untuk siri Uncharted sebelum ini didalam platform PS3.

Namun Sony masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang koleksi baharu ini.

Namun segala ura-ura ini ternyata benar kerana Neil Druckmann, Pengarah Kreatif dari studio Naughty Dog menyatakan daripada laman sosial Twitter beliau.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen