Setelah beberapa bulan Sony dengan isu logistik untuk filem baharu studio mereka, Uncharted Movie yang diadaptasi oleh siri game Uncharted untuk platform PlayStation, kini mendapat jawapan bahawa ianya akan ditangguh serta merta mengikut dari jadual pelancaran Sony itu sendiri.
Mengikut dari sumber Coming Soon (Melalui Polygon), filem tersebut telahpun dikeluarkan dari jadual pelancaran semenjak Khamis lepas. Polygon juga menghubungi Sony untuk mendapat maklumat lanjut namun tiada komen dan kenyataan rasmi diberikan setakat ini.
Uncharted Movie secara asalnya akan ditayang di pawagam pada 30hb Jun 2017, dimana akan bersaing dengan filem kartun Despicable Me 3. Setakat ini tiada tarikh pelancaran diberikan selepas tangguhan dibuat.

