fbpx

Ura-Ura: Persona 4 Golden Bakal Hadir Ke PC Minggu Ini

Permainan Persona 4 Golden, yang dulunya pernah dilancarkan khas untuk platform PlayStation Vita mempunyai ura-ura dimana bakal tiba ke PC melalui Steam pada minggu ini.

Mengikut dari Gematsu, beberapa sumber mengesahkan namun tiada pengumuman rasmi dibuat. Ini adalah kerana, mengikut dari sumbernya lagi, Atlus bakal membuat pengumuman mengenai pelancaran permainan tersebut pada acara PC Gaming Show 2020 pada 13hb Jun ini.

Malah, permainan ini juga pernah ditiriskan melalui akaun Twitter @Nitomatta (status dipadamkan) menanyakan mengenai permainan ini didalam senarai SteamDB. Dan ianya disahkan kesahihannya dari pembangun laman web tersebut, Pavel Djundik.

Sumber-sumber ini juga disokong oleh para analisa terkenal seperti Daniel Ahmad dan Wario64.

Jikalau ini benar, permainan JRPG klasik dari tahun 2012 untuk platform Vita ini akan hadir ke PC dan kita mungkin dapat melihat kualiti tesktur yang ditambahbaik kepada kualiti HD atau 4K.

Sumber: Gematsu.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -