Mengikut dari satu sumber melalui laman web pencarian kerja di Jepun, NEXT menyenaraikan kekosongan yang membawa satu maklumat penting, tarikh pelancaran PS5 (Playstation 5), iaitu pada bulan Oktober tahun ini.
Jawatan kosong yang diumum adalah salah satu divisyen Perolehan yang perlu mencari material dan bekerja dengan unit kualiti berkenaan konsol tersebut. Didalam penerangan kerja tersebut juga menyatakan pekerjaan ini penting untuk penyediaan pelancaran PS5 pada Oktober kelak.
Namun Sony menyangkal tentang maklumat tersebut selepas dihubungi oleh Famitsu, dan menyatakan terdapat kesilapan didalam iklan pekerjaan tersebut.
Walaupun pemain semua inginkan tarikh tersebut menjadi nyata, namun Oktober mungkin tarikh yang agak singkat bagi Sony untuk melancarkan konsol generasi seterusnya, khususnya semasa situasi pandemik yang berlaku sekarang.