fbpx

USD100,000 Menjadi Rebutan Untuk Mobile Legends Professional League

Buat julungkalinya liga esukan Mobile Legends akan diadakan di Malaysia dan Singapura anjuran bersama antara eGG Network dan Moonton.

Mobile Legends Professional League (MPL) ini akan mempunyai hadiah sebanyak USD 100,000 untuk direbut oleh 8 pasukan pada pusingan akhir kelak bulan Mac tahun hadapan.

“Selepas piala SEA Mobile Legends, kami dapati permintaan untuk perlawanan esukan permainan ini agak tinggi khususnya di Malaysia & Singapura… MPL ini sekaligus menyumbang kepada faktor permintaan tersebut.” Mengikut dari kenyataan Mandy Dai, Pengarah Pemasaran untuk Moonton.

Pendaftaran akan dibuka pada 14hb November nanti melalui laman web rasmi MPL di http://mysg.mpl.mobilelegends.com/


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -