fbpx

Valorant Act III Membawakan Kawasan Dan Agen Baharu

Betapa lajunya masa berlalu. Permainan percuma-untuk-dimain dari Riot, Valorant kini telah memasuki ke musim ketiga (Act III) dengan kandungannya yang akan hadir bermula hari ini.

Act III ini akan membawakan kawasan baharu bernama Icebook yang ditempatkan didalam dunia salju yang akan dimasukkan didalam mod kompetitif pada 27hb Oktober.

Agen baharu juga turut dimasukkan didalam musim ini. Agen dari Australia, Skye mampu memulihkan pasukan dan menyeru haiwan untuk bertempur.

Battlepass untuk musim ketiga juga dikemaskini dengan misi mingguan dan beberapa peringkat epilog turut ditambah.

Malah, mod Deathmach mendapat sedikit perubahan seperti:

  • Kebolehan sehingga 14 pemain.
    • Sebelum ini 10 pemain sahaja.
  • Objective: Menewaskan 40 musuh atau pemburu paling ramai didalam masa 9 minit. 
    • Sebelumnya adalah 30 musuh dengan masa 6 minit.
  • Kill Reloads: Setiap pembunuhan, pemain mendapat peluru dimuatkan semula dalam masa segera.
  • UAV: Setiap kali pemain dihidup semula, radar menonjolkan lokasi musuh dalam masa yang pendek.
  • XP Gains – Penambahan XP dari 500 kepada 900.

Valorant boleh dimainkan secara percuma di platform PC.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -