Jikalau anda belum memiliki game RPG Lords of the Fallen ini, maka ini adalah berita baik untuk anda. Pada bulan depan, game RPG dari Bandai Namco Games ini akan didatangkan dengan versi GOTY (Game of the Year) dimana kandungan lebih akan diberikan dengan versi ini.
Isi kandungan seperti Ancient Laybrinth DLC, Demonic Weapons, Lionhearts add-on dan banyak lagi.
Dengan banyak kontroversi bahawa game ini tidak layak untuk mendapat status GOTY adalah kerana kebanyakan reviu tentang game ini secara puratanya adalah sederhana.
GOTY, adalah sinonim dengan sesuatu yang selalu dikaitkan game yang terbaik dengan catatan jualan yang tinggi selepas setahun dikeluarkan.
Versi ini akan dikeluarkan pada 26hb Jun 2015.

