fbpx

Video Acah Call of Duty: Black Ops Cold War Dikeluarkan

Setelah beberapa ura-ura dan acahan, Activision akhirnya memuat naik video di dalam Youtube melalui akaun Call of Duty dengan bertajuk “Know Your History”.

Video yang berdurasi 2 minit ini menunjukkan beberapa naratif berkenaan perang dunia sejuk yang pernah melibatkan antara US dan USSR. Video tersebut juga menunjukkan pembelot KGB, Yuri Bezmenov menerangkan cara dan mekanik yang digunakan semasa perang sejuk itu.

Video tersebut diakhiri dengan logo Call of Duty Black Ops Cold War beserta dengan tarikh pengumuman lebih lanjut mengenai Cold War pada 26hb Ogos ini. Permainan ini sedang dibangunkan oleh Treyach dan Raven dan diperkatakan akan berada dipasaran pada Oktober atau November tahun ini.

Berkaitan

- Iklan -

Komen