Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Video Perbandingan Grafik Gran Turismo Sport dan Gran Turismo 6

7

Selepas pengumuman Gran Turismo Sport oleh Polyphony Digital minggu lepas, pelbagai video diberikan untuk peminat yang menantikan kedatangan siri game julungkalinya di platform PlayStation 4.

GT Planet sempat membuat video dari kereta Audi R8 di Willow Springs perbandingan khususnya kepada kualiti grafik antara Gran Turismo Sport (PS4) dan Gran Turismo 6 (PS3).

Lagi satu video perbandingan untuk kereta jenis Mazda MX5.

Video yang diberikan adalah didalam kualiti 1080p dengan 60fps. Mengikut dari perbandingan, ternyata banyak perbezaan diberikan kepada siri baharu Gran Turismo ini dengan pelbagai sentuhan kecil sepanjang perlumbaan. Namun ianya masih lagi didalam proses pembinaan (Seperti papan iklan dan meter papan pemuka kereta yang kosong), maka versi penuh sudah semestinya banyak kandungan akan diberikan.

Gran Turismo Sport akan hadir ke platform PlayStation 4 pada 15hb November ini.

Baca @ GamerMalaya English:

Ferrari 458 Gameplay Video From Gran Turismo
Here’s How Gran Turismo Sport Menu Looks Like
Can Gran Turismo Sport do eSports?

Sumber gambar: Auto Workz

- Iklan -