fbpx

Video Star Wars Squadrons Diperlihat Buat Julung Kali

EA hari ini menyiarkan video pertama untuk permainan Star Wars yang akan datang, Star Wars Squadrons.

Melalui video dibawah, ianya lebih kepada pengalaman sinematik untuk mempamerkan konsep permainan video yang bakal dilancarkan pada 3hb Oktober ini untuk platform PS4, PC dan Xbox One.

Permainan pandang pertama ini akan menyaksikan pertempuran kapal terbang diangkasa dengan sokongan multi-pemain sebanyak 5v5 dan disertakan sokongan rentas-platform.

Permainan yang dibangunkan oleh EA Motive ini juga bakal membawakan kandungan permainan solo dengan jalan cerita dari filem klasik trilogi selepas kemusnahan Death Star II dengan karakter serba baharu.

Star Wars Squadrons dijangkakan bakal menjadi permainan berskala kecil Star Wars, mengikut dari harga pengenalannya yang rendah, iaitu dari RM159.00. Pra-tempah telahpun dibuka dan anda boleh lihat maklumat lanjut didalam laman web rasmi EA.

Berkaitan

- Iklan -

Komen