WRC 9, sebuah permainan rasmi World Rally Championship mendapat video trailer baharu, dan ianya membawakan suasana perlumbaan rali di New Zealand.
Lokasi ini adalah salah satu tiga bahagian baharu untuk musim ini, selepas Kenya dan Jepun.
Bertempat di Auckland, lokasi ini membawakan pokok-pokok dan rumput yang tebal, beserta dengan pemandangan pantai dengan lengkok litar yang menarik. Ianya nampak cantik melalui video dibawah yang dimana permainan ini didalam status alpha.
WRC 9 akan mula dipasaran pada 3hb September untuk PS4, PC (Epic Games Store), dan Xbox One. Ianya juga akan hadir untuk PS5, Xbox Series X dan Nintendo Switch kelak.