Visceral – Studio Pemaju Disebalik Dead Space, Battlefield Hardline Ditutup

Now Reading
Visceral – Studio Pemaju Disebalik Dead Space, Battlefield Hardline Ditutup

Visceral, sebuah studio yang terkenal dengan permainan seramnya, Dead Space akan menutup perniagaan mereka buat selamanya. Penerbit EA (Electronic Arts) telah mengumumkan dimana pasukan yang tengah didalam projek pembangunan permainan aksi pengembaraan akan datang untuk Star Wars ini akan ditutup.

Namun, projek permainan yang tidak lagi mendapat nama ini (walaupun diumum beberapa kali dari acara E3 lepas), akan dipindah ke EA Worldwide Studios, sebuah syarikat dibawah naungan EA Vancouver.

Patrick Söderlund, Naib Presiden Eksekutif EA, menyatakan bahawa projek Star Wars ini akan diubah secara besar-besaran.

Namun, kenyataan tersebut agak samar-samar dan tidak menyambut persoalan dari umum.

Dead Space 3, permainan terakhir didalam siri itu telah membawakan kontroversi mengenai isu mikro-transaksi dan menyebabkan ketidakpuashati pemain maka mendapat kurang sambutan.

Malah, permainan terakhir mereka, Battlefield Harldine juga tidak mendapat perhatian pemain sebagai salah satu lagi contoh kegagalan studio tersebut.

Selain dari Visceral, EA juga pernah menutup banyak studio pemaju sebelum ini seperti Bullfrog, Westwood Studios, Origin System, Pandemiv, Mythic dan juga Maxis.

Kami berharap yang terbaik buat mereka yang terjejas didalam penutupan studio ini.

Artikel asal: Gamer Matters

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen