Selepas Warcraft Movie disiarkan di panggung wayang beberapa minggu yang lalu, banyak pandangan dan kritik diberikan, sama ada positif dan juga negatif. Namun ianya tidak membantutkan prestasi jualan mereka kerana dengan kutipan sebanyak USD $377 Juta (RM 1.5 Bilion) dari seluruh dunia.
Dengan kutipan tersebut, sekaligus Warcraft Movie mencatatkan rekod sebagai filem berdasarkan game yang mendapat jualan terbaik setakat ini dan menewaskan pemegang rekod sebelumnya, Prince of Persia dengan USD $336 Juta (RM1.4 Bilion) kutipan.
Rekod ini agak memeranjatkan dengan prestasi jualan yang agak buruk di US pada minggu kedua, dengan penurunan jualan tiket sebanyak 72.7 %. Namun kejayaan ini tercatat atas jualan yang memberangsangkan khususnya di negara China.

