fbpx

Witcher 3 Adalah Sebuah Game Open World Tanpa Loading

Walaupun game Witcher 3 penuh dengan kandungan seperti side mission dan konsep open world, ianya tidak akan mempunyai skrin loading sepanjang permainan.

Ini telah disahkan oleh pembinanya sendiri, CD Projekt Red Studios dari temu ramah antara mereka dan Gamespot.

Berdasarkan temu bual oleh Editor Gamespot, Danny O’Dwyer dengan Jonas Mattson, Senior Environment Artist untuk Witcher 3, berikut adalah sebab mengapa ketiadaan skrin loading adalah baik untuk game Witcher 3 dan game yang akan datang.

“Witcher 3 sememangnya tiada skrin loading, hanya akan berlaku semasa anda mulakan game atau fast travel. Namun dengan konsep fast travel, skrin loading masih lagi cepat, tertakluk kepada jarak lokasi” Kata Jonas.

“Tujuan kami adalah untuk member pengalaman yang lancar dan terbaik untuk pemain. Kerana dengan skrin loading pemain akan rasa terhenti dengan game tersebut” katanya lagi.

Untuk lebih lanjut tentang temuramah ini, sila klik sini>> (Inggeris)


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -