fbpx

Ulasan: XCOM Chimera Squad

Siapa sangka permainan siri XCOM baharu diumumkan pada tahun ini, dan secara pantas ianya dilancarkan. Dengan beberapa penukaran radikal, Firaxis, selaku syarikat pembangun mempunyai keinginan untuk mengeluarkan permainan spin-off pada harga yang amat berpatutan.

Serupa dengan skuad serbuan FBI, XCOM Chimera Squad memberi impak yang kuat, dan ianya kasar dan tangkas.

Penyampaian

Mahupun XCOM Chimera Squad adalah sebuah permainan spin-off, namun plot ceritanya diambil selepas XCOM 2. Maka anda akan mendapat suasana cyberpunk yang serupa sebagai latar belakang, dimana skopnya dikecilkan dari seluruh dunia kepada satu bandar sahaja.

Tiada lagi peta rawak kali ini, malah kawasan yang anda pergi adalah telah ditentukan reka bentuknya. Maka perlawanan dibuat dikawasan yang direka dengan rapi seperti kedai serbaneka, gudang simpanan dan juga kelab malam.

Seperti dijangka, lagu latar belakang untuk permainan ini amat baik. Didatangkan dengan rentak elektronik semasa menyelesaikan misi, ditambahkan gitar instrumen dipetik sebagai teknik suara bass. Jikalau anda biasa dengan siri ini, semestinya anda akan menangkap rentak yang biasa didengari. Malah ianya makin menjadi serupa sepanjang permainan.

Lagunya jugak membawakan suasana ala cerita polis, dimana ianya sesuai kerana sebagai Chimera Squad anda mengawal pasukan khas penjaga keamanan, hampir menyamai skuad serbuan FBI, namun dengan ahli-ahli alien atau didalam bentuk asing dari manusia.

Perpaduan Didalam Kepelbagaian

Chimera Squad adalah sebuah pasukan yang terdiri dari 11 orang, setiap ahli mempunyai nama, suara dan cara perlawanan tersendiri. Pengubahan nama kepada ahli yang kebiasaan dilihat didalam siri XCOM tidak akan tersedia didalam permainan ini.

- Iklan -

Walaubagaimanapun, ianya disambut baik dengan inisiatif Firaxis mencipta skuad dengan karakter sebegini. Malah, skuad mempunyai beberapa kata perenggan sesama sendiri semasa perlawanan. Dialog karakter membawa perwatakan karakter lebih “hidup” dari normal. Kepelbagaian dari segi pelbagai negara didalam skuad yang sama masih lagi diperlihat, namun kini ditambahkan dengan kaum alien dan hibrid. Malah, ada beberapa situasi dimana boleh merasai tekanan antara kaum namun cuba untuk mengekalkan semangat pasukan Chimera Squad.

Potret karakter kini digayakan seakan animasi buku komik. Dengan pengalaman didalam segmen pembangunan dunia dan karakter, nampaknya Firaxis mengambil beberapa elemen dari permainan strategi terkenal, Fire Emblem.

Dari segi grafik, XCOM Chimera Squad semestinya tampak lebih baik berbanding dengan XCOM 2, namun penambahbaikan ini agak sukar dipuji dimana ada beberapa sudut kamera secara janggalnya berada disudut yang pemain tidak dapat melihat skuad beraksi, beberapa bug dan kecatatan dari segi visual juga diperlihat. Ternyata mereka masih menggunakan teknologi Unreal lama yang diubah untuk XCOM kepada permainan ini.

Pengalaman Permainan

Ada salah satu sebab baik mengapa Firaxis menyatakan bahawa XCOM Chimera Squad adalah spin-off bukannya satu sekuel. Ini adalah kerana ianya akan mengambil suatu penukaran secara radikal didalam formula teknik startegi mereka.

Karakter sedia ada adalah salah satunya, pemain juga dihadkan kepada skuad sebanyak empat ahli, sekaligus pemain akan merasakan ketidak seimbangan antara skuad dan musuh.

Anda tidak akan mempunyai dua set dimana gerakan karakter perlu dibuat dari pemain kepada semua unit sebelum musuh boleh membuat gerakannya. Disini, giliran unit akan dikenakan sistem “interleaved”, sebuah sistem serupa dari siri Final Fantasy X yang menunjukkan giliran setiap unit berubah-ubah dengan pergerakan dibawa keatas atau bawah dari arahan masing-masing.

Dengan perubahan kecil ini membuatkan taktik yang anda biasa lakukan didalam permainan sebelumnya tidak akan relevan lagi didalam Chimera Squad.

XCOM, Open Up!

Selain dari mengembara didalam kawasan rawak dan mengambil masa untuk menetapkan pertempuran pertama, ianya telah digantikan dengan mod Breach. Chimera Squad boleh meletakkan unit untuk memecah masuk didalam sesuatu kawasan dari pintu masuk yang berbeza, setiap darinya akan mempunyai skil atau beberapa keperluan sebelum digunakan. Chimera Squad adalah menyerupai pasukan FBI SWAT, membuat operasi serbuan untuk membanteras kongsi gelap, kelab gangster, dan banteras jenayah dadah, maka sistem memecah masuk ini agak masuk akal.

Mod Breach ini amat cemerlang dengan perubahan yang baharu. Bukan sahaja serangan permulaan itu lebih cepat, namun ianya akan membuat anda lebih tertanya-tanya. Anda tidak dapat melihat berapa banyak unit musuh berada disebalik pintu, dinding ataupun tingkap. Namun permainan ini akan menunjukkan nombor untuk berapa banyak unit boleh disasar dari pintu masuk yang tertentu. Selain dari itu, anda hanya boleh berharap skuad anda mampu bertembung dengan musuh-musuh mereka.

Ianya sebuah perubahan yang baik namun tidak semestinya sebuah versi yang berbaloi untuk skuad anda memulakan rentak perlawanan, akan tetapi ianya masih boleh diterima didalam konteks XCOM Chimera Squad.

- Iklan -

Menariknya, misi kini boleh dibahagikan kepada beberapa pertemuan musuh, dan setiap daripadanya bermula dari mod Breach. Memandangkan kawasan pengembaraan lebih padat, ia adalah satu faktor membuatkan pengalaman permainan lebih tangkas dan cepat. Jangan risau, ianya masih memberi sedikit ruang untuk pemain mengadaptasikan untuk mengurangkan kesalahan.

Apa yang memeranjatkan, Mod Breach ini ternyata sebuah sistem yang mendalam. Anda bukan sahaja memilih unit mana untuk ditentukan pada pintu masuk tertentu, anda juga boleh menyerahkan barangan atau menggunakan kelebihan karakter untuk mendahului didalam pertembungan. Apa yang menjadi masalah adalah anda tidak akan dapat jangka apa yang akan terjadi, maka keputusan agak sukar ditentu didalam mod Breach ini. Ianya mungkin cepat akan tetapi masih sesuatu sistem yang kompleks membuatkan anda perlu memikir terlebih dahulu.

A-Team

Karakter didalam XCOM Chimera Squad juga memberi ruang kepada jenis unit baharu untuk dimainkan. Alien adalah salah satu unit yang boleh dimainkan didalam multi-pemain XCOM 2, namun sekarang ianya adalah sebahagian dari permainan utama.

Kami teruja tentang beberapa kebolehan karakter amat bersatu dengan baik. Sebagai contoh, Torque, satu karakter ular wanita yang boleh menarik musuh kepada beliau dengan mengunakan lidah, maka sedangkan musuh didalam tangan, dan salah satu skuad didalam posisi overwatch, maka mereka akan menembak pada musuh tersebut. Ianya boleh digunakan secara pertahanan juga, seperti mengalih ahli skuad atau VIP dari terkena bom.

Skuad akan menghadapi tiga jenis puak, dan setiap darinya mempunyai tema dan unit masing-masing. Uniknya setiap dari satu ahli skuad mempunyai kelebihan untuk menentang dari salah satu puak tersebut. Contohnya, Patchwork boleh menembak elektrik kepada android yang senang tewas dari serangan tersebut. Ataupun program semula untuk android itu menyertai pasukan anda.

Kandungan

Mahupun ianya sebuah spin-off dan dijual pada harga yang murah dari biasa, XCOM Chimera Squad semestinya boleh digelarkan sebagai permainan yang betul, dari segi kandungan dan durasi sesi permainannya. Kempen utama boleh mengambil lebih kurang 20 jam untuk dihabiskan didalam tahap normal.

- Iklan -

Dan pengalaman permainan tidaklah dikurangkan seperti yang dijangka. Ianya masih lagi membawa pengalaman strategi seperti mana-mana permainan XCOM. Ya, ianya agak kemas dan biasa, namun anda masih perlu untuk melakukan penyelidikan untuk barangan baharu, sumber pendapatan dan mengambil kira untuk pertempuran yang betul.

Dan ianya juga mempunyai faktor main-semula juga. Anda boleh rekrut 8 ahli daripada jumlah 11. Dan pengalaman permainan pertama anda adalah dengan 4 darinya sudah dipilih secara automatik. Akan tetapi, pada misi seterusnya anda mempunyai kebolehan untuk memilih karakter yang anda gemari. Untuk pengetahuan, permainan ini tidak disokong sebarang modifikasi.

Kepuasan Individu

Saya hadir dengan pendapat yang terbuka, dengan sangkaan beberapa idea baharu didalam permainan strategi. Namun, kesimpulannya bermain XCOM Chimera Squad seakan serupa dengan permainan XCOM, dari segi baik atau buruk.

Secara teorinya, ianya nampak seperti mempunyai penukaran yang radikal, namun secara mendalamnya, ianya masih lagi sebuah permainan XCOM yang solid. Tekanan semasa permainan dan juga menentukan dimana pilihan yang terbaik masih lagi terlihat. Penyeksaan untuk melakar corak langkah dari kalah ternyata kelihatan. Dan juga kesusahan bermain jikalau tidak memahami dan menyelidik tier senjata atau perisai terlebih dahulu, juga dilihat disini. Maka ianya sebuah sistem yang diterima oleh veteran XCOM.

Namun ianya masih mempunyai isu dimana pernah diketengahkan pada siri XCOM sebelumnya. Tahap kesukaran tinggi semasa permulaan, momentum pacing turun secara mendadak khususnya pada penghujung permainan dan juga ganjaran yang tidak cukup untuk menambahbaik skuad semestinya sukar.

Isu teknikal juga satu perkara yang kami tidak gemari. UI boleh dikatakan hit and miss. Beberapa elemen tidak ditunjukkan secara betul. Adakalanya bug diperlihat, seperti sasaran yang sepatutnya menunjukkan indikasi damage kadangkalanya hilang. Semestinya mereka perlu lihat semula sistem UI mereka untuk diperbaiki.

Sudut kamera juga menghampakan, dan permainan ini kadangkalanya berhenti dengan sendiri, dan seringkali memulakan permainan ini semestinya satu pengalaman mengecewakan. Versi pelancaran sekarang masih lagi perlu banyak pembaikan.

Selain dari isu-isu ini, kesuluruhannya saya masih seronok semasa saya bermain XCOM Chimera Squad ini.

- Iklan -

Rangkuman

XCOM Chimera Squad memperkenalkan beberapa perubahan radikal dari sistem strategi yang sudah mendapat tempatnya didalam industri ini, dan ianya masih lagi sebuah XCOM yang baik. Breach Mode adalah baik sekali dengan perubahan permainan lebih pantas dari kebiasaanya. Fokus kepada pemilihan skuad juga menarik perhatian dengan tampaknya usaha studio pembangun mengenai penceritaan pada setiap karakternya.

XCOM Chimera Squad patut diteruskan, bukannya sebagai XCOM 3, namun dari segi identitinya sendiri. Keunikannya sebagai permainan taktik strategi yang berskala kecil, agak rugi jikalau siri ini hanya ditinggalkan begitu sahaja.


Nota: Artikel ulasan ini diterjemah sepenuhnya oleh artikel asal oleh Meck di Gamermatters.

Ulasan ini adalah berdasarkan versi PC, dan ianya dibeli oleh pihak pengulas.

8
Baik

XCOM Chimera Squad

XCOM Chimera Squad patut diteruskan, bukannya sebagai XCOM 3, namun dari segi identitinya sendiri. Keunikannya sebagai permainan taktik strategi yang berskala kecil, agak rugi jikalau siri ini hanya ditinggalkan begitu sahaja.

  • Penyampaian 7.5
  • Pengalaman Permainan 9
  • Kandungan 7.5
  • Kepuasan Individu 8


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -