Yakuza, sebuah siri game yang diminati ramai kini akan datang dengan siri sekuel baharu mereka, iaitu Yakuza 6. SEGA telah mengumumkan pada acara Tokyo Game Show September lepas bahawa penjualan Yakuza 6 akan bermula pada penghujung tahun 2016.
Hari ini, video baharu dikeluarkan buat pertama kalinya untuk pandang pertama kepada umum.
Namun banyak anggapan bahawa ianya adalah sebuah game eksklusif untuk pasaran Jepun / Asia untuk beberapa tahun sebelum masuk ke pasaran barat seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Ini adalah kerana siri yang sebelumnya, Yakuza 5 baru sahaja mula dipasarkan minggu lepas di sana, 3 tahun selepas pelancaran di Jepun.
Sebagai siri game eksklusif untuk platform PlayStation, Yakuza 6 akan berada dipasaran pada penghujung tahun 2016 untuk PS4.