Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Yooka-Laylee Akhirnya Akan Hadir Ke Nintendo Switch Pada 14hb Disember Nanti

17

Yooka-Laylee, sebuah permainan 3D platformer yang cantik ini telahpun dipasarkan, namun mempunyai isu. Pada asalnya ianya dilancarkan untuk platform Wii U untuk persediaan pada konsol baharu Nintendo nanti, namun malangnya prestasi permainan ini agak kurang baik dari sepatutnya.

Mujur pemaju permainan ini, Playtonic Games mampu menyelesaikan masalah ini dengan pertolongan Unity dan Nintendo. Maka permainan platformer yang dinspirasi oleh Banjo-Kazooie ini akan hadir seperti yang dirancang.

Mengkiut laporan IGN, permainan ini mampu dimainkan pada paras 900p, manakala 600p semasa Switch tersebut didalam handheld mode. Ianya juga akan menggunakan satu Joy-Con untuk multiplayer dan kesemua kemaskini yang pernah dibawa sebelum ini akan diserta kan untuk versi permainan ini, termasuklah sistem kamera yang disambut baik oleh banyak pemain.

2017 sekali lagi menjadi tahun terbaik bagi 3D platformers. Walaupun Yook-Laylee tidak mendapat banyak perhatian, namun ianya memberi faktor utama untuk mebawa lebih banyak lagi permainan seperti ini didalam pasaran kelak.

Artikel Asal: Gamer Matters