Video The Legend of Zelda: Breath of the Wild ternyata amat cantik dan menakjubkan, khususnya permainan klasik ini didalam konsol moden generasi kini. Maka ramai peminat menantikan kualiti grafik tahap tinggi didalam konsol yang baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas, Nintendo Switch.
Mengikut dari IGN, Nintendo kini telahpun mengesahkan bahawa Zelda akan dipaparkan pada resolusi 900p walaupun didalam mod “konsol di TV” manakala Wii U pada 720p. Menurut dari Nintendo lagi, pengguna Switch akan menikmati kualiti lebih tinggi yang lebih realistik seperti suara latar belakang dan suasana didalam konsep dunia terbuka ini.
Ianya juga akan dimainkan pada 30fps (frames per second) untuk kedua-dua Switch dan Wii U. The Legend of Zelda: Breath of The Wild akan mula dipasarkan pada 3hb Mac ini, mengikuti tarikh yang sama untuk konsol Nintendo Switch baharu.