Siri terkenal Zelda berkemungkinan akan hadir ke platform mudah alih kelak, mengikut dari laporan Wall Street Journal.
Ini berkemungkinan benar atas Nintendo kini agak memfokuskan pembangunan permainan mereka kepada peranti mudah alih seperti permainan Super Mario Run, Pokemon GO, Fire Emblem Heroes dan juga permainan akan datang, Animal Crossing.
Melalui laporan tersebut, Nintendo merancang untuk mula memasarkan aplikasi Zelda ini pada tahun ini.
Dalam masa yang sama, The Pokémon Company juga merancang untuk melancarkan permainan yang berkaitan dengan perlawanan kad.
Namun, setakat ini Nintendo, DeNA dan juga Pokémon Company masih tidak menjawab segala persoalan dan juga memberi sebarang komen terhadap laporan Wall Street Journal.
Sumber: Kotaku