Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Agents Of Mayhem Mendapat Diskaun Sehingga Serendah RM35

43

Kami tidak pasti bahawa ini adalah berita baik buat pemain atau buruk untuk dikongsi. Permainan yang dibina oleh Volition, Agents of Mayhem kini telah mendapat diskaun yang agak tinggi sehingga ianya dijual serendah RM35.70 di pelayar Steam sekarang, hanya selepas 2 bulan dari tarikh pelancaran.

Dengan terjual hanya 67,000 unit didalam minggu pertama, ianya adalah sebuah rekod yang agak buruk buat Volition dan Deep Silver dan kini ia mendapat diskaun sebanyak 66% untuk menarik semula peminat yang kecewa dengan kualiti permainan tersebut.

Volition yang juga sebuah studio disebalik pembikinan siri Saints Row pernah memberhentikan sebanyak 30 staff sebelum ini sebaik selepas pelancaran Agents of Mayhem.

Permainan ini kini dijual dengan harga diskaun RM35.70 yang sebelumnya dijual pada rangka harga RM105. Ini adalah kali pertama Agents of Mayhem mendapat diskaun dan paling terendah setakat ini, mengikut dari data laman web SteamDB Info.