Masih ingat siri permainan Saints Row? Jikalau anda terlepas pandang, pemaju yang sama, Volition dan penerbitnya Deep Silver pernah melancarkan siri permainan baharu mereka, Agents of Mayhem bulan Ogos yang lepas.
Permainan video dengan konsep dunia terbuka ini ternyata tidak terjual dengan jayanya jikalau dibandingkan dengan siri mereka sebelum ini, Saints Row. Mengikut dari statistik oleh VGChartz, jumlah unit Agents of Mayhem terjual hanyalah 67,059 didalam minggu pertama. Data ini adalah koleksi jualan unit fizikal mereka untuk platform PS4 dan Xbox One.
PS4 adalah penyumbang utama dengan 63% jualan dengan 24,584 unit manakala Xbox One menyumbang 37% dari jualan.
Ini ternyata bukti yang kuat tentang mengapa Volition terpaksa memberhentikan sebanyak 30 staff mereka selepas pelancaran permainan video ini.
Data diatas tidak termasuk statistik jualan digital seperti pelayar Steam untuk platform PC.