PlayStation Asia hari ini membuat pengumuman mengenai akesori yang bertemakan The Last Of Part II bakal hadir ke Malaysia.
Aksesori seperti alat kawalan dan set fon kepala akan mula dijual pada rangka harga dari RM279 sehingga RM449. Malangnya Malaysia tidak akan mendapat konsol PS4 edisi terhad untuk permainan yang sama.
Untuk alat kawalan, ianya membawakan warna Steel Black dengan sedikit butiran berwarna putih bersama ukiran daun yang menyerupai dari tatu tangan kanan Ellie. Logo The Last Of Us Part II juga terlihat pada bahagian pad sentuh. Alat kawalan DualShock ini dijual pada RM279.
Untuk set fon kepala pula ianya adalah tanpa wayar dan mempunyai ciri warna yang sama, iaitu Steel Black, disertakan logo dan ukiran daun yang sama. Sedikit sentuhan warna merah juga terlihat dibahagian dalam fon kepala tersebut. Edisi terhad untuk set fon kepala ini dijual pada RM449.
Kedua-dua koleksi ini akan mula dijual pada 19hb Jun, dan hanya boleh didapati di kedai peruncit rasmi di Malaysia. Anda boleh lihat senarainya disini.