Assassin’s Creed Syndicate Untuk PC Mempunyai Masalah

Seperti kita tahu, Assassin’s Creed Syndicate sudah mula dipasaran untuk PC pada 19hb November 2015, hampir sebulan selepas versi konsol. Ini telah meenjadi kebiasaan bagi beberapa pihak pembina untuk memberikan pengalaman yang terbaik untuk platform PC. Namun, beberapa masalah grafik masih lagi didapati untuk siri Assassin’s Creed kali ini.

Berdasarkan dari Idiotech, seorang Youtubers yang menyatakan bahawa prestasi Syndicate amat bermasalah dengan spesifikasi PC beliau yang agak tinggi.

Berdasarkan dari video diatas, spesifikasi PC beliau adalah Intel Core i7 4790K, 16GB RAM dengan kad grafik tahap tinggi, Nvidia GTX980. Tetapan grafik pula adalah berdasarkan apa yang disyorkan oleh Nvidia, iaitu “Very High”, namun prestasi yang beliau dapat adalah antara 20 – 55fps dengan 35fps secara purata.

REVIUMALAYA – Assassin’s Creed Syndicate

Seperti kita tahu, siri Assassin’s Creed memang terkenal dengan isu optimasi grafik mereka dengan PC khususnya dengan kad Nvidia. Ini adalah kerana, beberapa fungsi tetapan grafik tambahan dibuat khususnya untuk kad grafik Nvidia diberi yang sekaligus memberi impak kepada prestasi grafik game ini.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen