Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Astro eGG Bekerjasama Dengan Riot Games – Pemaju League Of Legends

20

Astro eGG, sebuah saluran esukan 24 jam kini bekerjasama secara rasmi dengan Riot Games untuk menyiarkan lebih banyak kejohanan League of Legends kepada penonton.

Dengan kolaborasi ini, peminat akan menikmati siaran perlawanan seperti Korea Spring Championship, LoL (League of Legends) Mid-Season Invitational 2017 dan juga LoL World Championship 2017 yang akan berlangsung di Beijing, China pada 4hb November ini.

 

Industri esukan kini lebih rancak di Malaysia dan Asia Tenggara secara umum. Kami amat teruja dengan membawa acara League of Legends kepada penonton disini. Kami berharap semua akan terhibur dan membawa sumber aspirasi dari kualiti permainan pemain profesional ini.

Berikut adalah kenyataan dari Benjamin Pommeraud, Pengurus Besar Riot Games untuk Malaysia dan Singapura.

Ini adalah sebuah berita baik khususnya buat peminat tempatan untuk permainan League of Legends secara umum.