Permainan memasak dari Malaysia, Bake n’ Switch diumum untuk platform PS4, yang dimana sebelumnya hanya untuk PC dan Nintendo Switch.
Permainan comel ala-Overcooked ini akan membawakan konsep permainan dengan formula serba baharu. Sebagai tukang masak roti, anda perlu mencampakkan roti-roti didalam ketuhar. Malah, beberapa kombinasi resepi roti juga tersedia untuk cabaran yang lebih besar kepada pemain.
Permainan ini boleh dimain secara multi-pemain sama ada atas-talian ataupun secara klasik, bersama rakan anda melalui konsol / PC yang sama.
Ini satu berita yang baik lagi mengejutkan oleh Streamline Games sebagai satu permainan yang akan dilancarkan dengan skala besar di platform utama.
Streamline Studios, adalah sebuah syarikat pembangun yang bertempat di Malaysia. Mereka pernah terlibat dengan sumbangan kerja permainan AAA seperti Final Fantasy XV, Street Fighter V dan lain-lain.