Walaupun dengan pelancaran yang hebat untuk platform konsol dengan pujian dan reviu yang tinggi, namun bukan bagi platform PC. Ianya mempunyai banyak masalah prestasi dan frame-rate.
Frame-rate yang hanya mampu mencapai sebanyak 30 frame per-saat untuk platform PC setakat ini. Namun beberapa netizen telah memberi solusi sementara dengan membuat sedikit ubah suai pada fail .ini yang berisiko tinggi.
Banyak laporan diberikan tentang masalah ini dari masalah crash beberapa kali sehingga masalah grafik itu sendiri. Ianya terjadi walaupun sistem PC yang hebat berdasarkan daripada maklum balas pemain didalam pelayar Steam.
Rocksteady kini sudah dimaklumkan tentang isu ini dan sedang didalam proses melakukan pembaik pulih untuk kemaskini akan datang.
Nantikan video nyah-kotak, reviu tentang game Batman: Arkham Knight dari GamerMalaya.my.