Jenaka April Fool Menjadi Benar, Bayonetta Hadir Ke Platform PC

Now Reading
Jenaka April Fool Menjadi Benar, Bayonetta Hadir Ke Platform PC

Masih ingat lagi 5 senarai jenaka April Fool yang kami inginkan? Salah satu dari senarai tersebut adalah dari Sega dengan Bayonetta versi 8-bit didalam pelayar Steam yang diberi secara percuma.

Ianya adalah sebuah “teaser” untuk menyampai mesej tersembunyi melalui countdown timer didalam laman web rasmi mereka.

Akhirnya, permintaan peminat menjadi kenyataan, Bayonetta kini boleh dimain di platform PC, dan ianya boleh dibeli dan dimuat turun melalui pelayar Steam dengan harga serendah RM40 (versi Digital Deluxe).

Namun promosi dengan harga ini hanya sah sehingga 25hb April.

Sumber gambar – Steam

Mengikut dari kenyataan Sega, ianya akan menyokong sehingga resolusi 4K dengan beberapa tetapan grafik untuk menggunakan kelebihan sistem PC.

Bayonetta adalah sebuah permainan “hack & slash” yang dibawa oleh Hideki Kamiya, selaku direktor PlatinumGames, sebuah studio pemaju yang terkenal dengan permainan beliau adalah orang penting disebalik pembangunan permainan terkenal seperti Resident Evil dan Devil May Cry. Permainan ini pernah dilancarkan pada tahun 2009 untuk platfrom Wii U, PlayStation 3 dan Xbox 360.

1 impian kami sudah tercipta, bagaimana pula dengan 4 lagi jenaka April Fool yang lain? Sama-sama kita nantikan.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen