fbpx

5 Jenaka April Fool Dari Industri Permainan Video Yang Patut Menjadi Kenyataan

April Fool sudahpun berakhir, anda semua boleh tarik nafas dalam-dalam atas sebab tiada lagi berita-berita palsu diseluruh dunia khususnya melalui laman sosial.

Namun, beberapa berita dari dunia permainan video amat menarik perhatian kami, dan ternyata kami inginkan ianya menjadi realiti didalam masa kelak!


Nvidia GTX G-Assist – Sebuah Peranti Membantu Pemain Dengan Teknologi AI

Sebagai pemain khususnya secara multiplayer amat kritikal sekali jikalau terasa ingin ke bilik air, mengambil pesanan pizza atau menyambut seruan ibu bapa yang memanggil. Peranti ini (sudah semestinya lawak April Fool) akan membantu anda untuk bermain secara automatik mengikut dari kelakuan permainan anda yang direkod sebelum ini (menyerupai Forza Drivatar). Kalau anda mendapat gelaran “AFK-King”, ini peranti terbaik untuk anda.


Ms. Pac-Man Didalam Google Maps – Bermain Permainan Klasik Dijalan-jalan Berliku

Walaupun ianya sudahpun boleh dimain melalui aplikasi Google Maps, namun inisiatif April Fool ini amat kami inginkan selama-lamanya didalam aplikasi ini sebagai fungsi tambahan. Bermain Pac-Man di perjalanan yang berliku memang menyeronokan dan penuh cabaran.


Street Fighter EX Baharu – Terlalu Banyak Spekulasi!

Ramai yang menantikan permainan video ini, Street Fighter EX untuk menjadi kenyataan. Semalam Arika selaku pemaju “projek” ini memuat naik video permainan ini dan ternyata ianya membuat kami terjatuh cinta dengannya. Malangnya, pihak Arika telahpun mengakui ianya adalah salah satu program April Fool mereka.

- Iklan -

Terlalu banyak spekulasi sehinggakan beberapa peminat mengatakan bahawa projek ini akan terjadi atas kualiti grafik dan animasi didalam video diatas yang terlalu baik.


Razer S.A.i.S.O – Robot Kecil Yang Bijak Dengan Pelbagai Fungsi Dan Banyak Karenah

Dengan nama SAiSO (Sebutan “say so“), ianya sebuah robot yang comel dan boleh berinteraksi dengan pemilik ataupun orang sekeliling. Dari video diatas ianya amat menarik jikalau idea ini dibuat didalam dunia sebenar.

Dalam banyak fungsi, penulis amat berminat dengan perhubungan dari peranti VR pemain kepada robot tersebut. SAiSO juga mempunyai fungsi terkenal Razer, lampu cahaya chroma dengan spektrum 16 juta warna.

Malah, Razer mempunyai laman web rasmi untuk anda mendaftar minat terhadap projek ini dengan “DLC” suara tambahan dari selebriti terkenal seperti PewDiePie mahupun CEO Razer itu sendiri, Min-Liang Tan.


Bayonetta Didalam Versi 8-Bit – Akhirnya Didalam Platform PC!

Ramai peminat meminta SEGA untuk membawa permainan video Bayonetta ke platform PC. SEGA akhirnya menjawab permintaan tersebut dengan cara April Fool mereka. Bayonetta kini boleh didapati di pelayar Steam secara percuma, namun didalam bentuk 8-Bit.

Malah SEGA juga memberi “teaser” kepada peminat dengan sebuah laman web dengan countdown timer yang menjadi banyak tanda tanya, adakah ianya benar bahawa permainan ini betul-betul akan dibuat untuk PC? Sama-sama kita nantikan.


Maka berikut adalah senarai yang kami rasa ianya cukup hebat jikalau lawak April Fool tersebut menjadi kenyataan. Bagaimana pula dengan anda? Apakah idea April Fool syarikat lain yang anda rasa layak untuk diberi perhatian? Komen dibawah!


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -