Sepertimana kita tahu, Sony pernah mengumum bahawa PS5 menyokong keserasian belakang dengan permainan PS4. Ini bermakna, anda boleh bermain permainan PS4 didalam konsol gen-baharu mereka. Namun bukan semua permainan boleh dibawa ke PS5, hanya segelintir permainan sahaja tidak boleh dimainkan berbanding dengan lebih 4,000 permainan yang bakal disokong.
Ini mengikut dari halaman baharu PlayStation Support yang membawa lebih lanjut mengenai keserasian belakang PS5. 4,000 permainan masih lagi kekal seperti dijanjikan, malah, beberapa permainan PS VR juga boleh dimainkan di PS5, namun dengan adapter khas untuk sambungan PS Camera.
Namun, beberapa permainan tidak boleh disokong seperti kita lihat dibawah:
- DWVR
- Afro Samurai 2 Revenge of Kuma Volume One
- TT Isle of Man – Ride on the Edge 2
- Just Deal With It!
- Shadow Complex Remastered
- Robinson: The Journey
- We Sing
- Hitman Go: Definitive Edition
- Shadwen
- Joe’s Diner
Berita baiknya, senarai tersebut tidaklah banyak seperti yang disangka, namun apa yang peliknya adalah permainan TT Isle Of Man 2, permainan yang baru sahaja dilancarkan pada tahun ini dan ianya berada didalam senarai tersebut.
Untuk permainan PS4 yang tidak boleh dimainkan ke PS5, bakal dilabelkan sebagai “PS4 Only” didalam PS Store.