Masihkan anda ingat tentang salah satu keunikan SimCity adalah dengan menghancurkan bandar kesayangan anda melalui pelbagai cara bencana selepas anda membinanya berjam lamanya?
Colossal Order, selaku studio pembina Cities Skylines akan membawakan DLC baharu yang membolehkan pemain menggunakan pelbagai bencana alam untuk menghancurkan bandar kesayangan mereka. Bencana seperti tsunami, gempa bumi, puting beliung, kebakaran hutan dan banyak lagi. Malangnya tiada bencana pelik seperti UFO, zombie mahupun raksasa besar yang sudah semestinya sebuah keunikan SimCity itu sendiri.
Menariknya, DLC ini bukan sahaja membawakan bencana semata, malah ianya mempunyai kandungan dan bangunan baharu seperti memberi amaran awal kepada penduduk sehinggalah unit kecemasan untuk menolong mangsa bencana.
Natural Disasters akan hadir dipasaran sebagai DLC Cities: Skylines pada 29hb November ini. Harga masih tidak diketahui.

