Ramai yang bertanya dan inginkan PC impian mereka menjadi kenyataan. Namun atas isu bajet yang rendah, maka ianya amat susah untuk mereka membeli komponen-komponen untuk membina sebuah PC yang mahal.
Sebuah laman web terkenal, Lelong.my, mengeluarkan halaman promosi untuk cadangan membina PC didalam rangka harga yang amat berbaloi, RM2,000.
Cadangan binaan PC ini didatangkan dengan kad grafik GTX 1050 Mini, sebuah kad grafik “entry-level” yang amat bagus dengan nisbah prestasi:harga yang baik.
Mengikut dari video yang dimuat naik oleh Vortez diatas, ianya adalah sebuah video tanda aras untuk kad grafik ini. Beliau bermain permainan seperti Battlefield 1, Witcher 3, Gears of War 4 dan Doom dengan tetapan yang tinggi didalam resolusi FULL HD. Keputusannya adalah didalam rangka 45fps-55fps (frames per second) sebagai anggaran.
Jikalau anda mempunyai bajet lebih sedikit, kami mengesyorkan anda untuk membeli GTX 1050 Ti Mini dengan memori video yang lebih besar.
Video dibawah adalah sebuah video yang dimuat naik oleh dragonfistX200, beliau membuat penanda aras terhadap beberapa permainan yang terkenal seperti Doom, Fallout 4, Far Cry 3, Battlefield 4 dan Metro 2033 untuk GTX 1050 Ti Mini ini. Dengan tetapan diantara high kepada ultra didalam resolusi 1600 x 900, kad grafik ini mampu bermain didalam anggaran 50fps-60fps (frames per second)
Binaan ini juga didatangkan dengan Intel Pentium LGA1151, sebuah CPU bajet didalam keluarga Kaby Lake yang mempunyai teras kembar. Berikut adalah senarai komponen penuh:
Cip Pemprosesan: Intel Pentium Dual Core Kaby Lake LGA1151
Papan Induk: MSI H11oM Pro-VD Plus
Memori RAM: Crucial DDR4-2133 4GB
Kad Grafik: ZOTAC GeForce GTX 1050 Mini
Storan 1: Western Digital Green SSD 120GB
Storan 2: Toshiba 3.5″ HDD, 7200RPM
Unit Bekalan Kuasa: Silverstone 500W ST50F-ES230
PC Case: TECWARE F3 Mini Tower
Sudah semestinya, binaan diatas tidak termasuk aksesori seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Dimana kos tambahan RM400~RM1,000 diperlukan, bergantung kepada kualiti aksesori tersebut.
Bagi kami, binaan diatas adalah amat bagus, walaupun dengan bajet yang rendah, RM2,000 ternyata masih boleh dibina dengan spesifikasi yang agak berbaloi untuk permianan video sekarang.
Lebih minat kepada komputer riba? Kami juga mempunyai senarai untuk “gaming laptop” dibawah rangka harga RM3,000.
Apa pula dengan pendapat anda? Adakah anda mempunyai cadangan yang lebih baik? Jom, komen dibawah!
Sumber: Lelong.my – RM2,000 PC Build