Selepas pengumuman oleh Microsoft pada E3 lepas mengenai platform Xbox One kini menyokong game Xbox 360, ianya adalah sebuah berita yang amat baik buat peminat. Setakat ini masih lagi sedikit sahaja senarai game yang boleh dimainkan, namun berdasarkan pada janji Microsoft, banyak lagi game akan disokong pada hujung tahun ini.
Salah satu game yang akan datang adalah Burnout Paradise, sebuah game perlumbaan dengan konsep keganasan dengan melanggar sesama dengan pihak lawan.
Berita ini telah disahkan oleh Criterion Games, studio pembina siri game Burnout ini berdasarkan Twitter berikut.
Yes, we ARE talking to Microsoft about making XBox 360 Burnout Paradise available on XBox One via backwards-compatibility! More news soon!
— CriterionGames (@CriterionGames) July 6, 2015
Dengan sokongan game konsol Xbox 360 kepada konsol baharu, banyak pembina lain juga berminat dengan konsep tersebut. Salah satu contoh, Bethesda, menyatakan bahawa pemain boleh dapatkan game Fallout 3 secara percuma dengan setiap pembelian Fallout 4 untuk konsol Xbox One.

