Seperti yang dimana kita tahu, Microsoft akan mengumumkan banyak senarai game baharu dan gajet baharu. Namun banyak juga berita yang tidak disangka daripada Microsoft sendiri. Ikuti rumusan kami dari Microsoft dan Xbox untuk E3 2015 dibawah:
Xbox One kini Menyokong Game Xbox 360
Salah satu berita yang amat mengejutkan dan memberi maklum balas yang baik buat pemain bahawa game Xbox 360 kini boleh dimainkan pada platform Xbox One.
Ianya tidak memerlukan pemain untuk membeli atau muat turun semula game Xbox 360, hanya masukkan CD game Xbox 360 ke dalam konsol Xbox One, dan pemain dapat main game klasik 360 terus ke konsol kini mereka.
Namun setakat ini bukan semua game akan dapat dimain, hanya sesetengah berdasarkan senarai dibawah:
[lists style=”right-open” color=”#dd3333″]
- A Kingdom of Keflings
- A World of Keflings
- Alien Hominid
- Banjo-Kazooie
- Banjo-Kazooie: Nuts & Bolts
- Banjo-Tooie
- BattleBlock Theater
- Defense Grid: The Awakening
- Geometry Wars: Evolved
- Hexic HD
- Jetpac Refuelled
- Kameo
- Mass Effect
- Perfect Dark
- Perfect Dark Zero
- Small Arms
- Super Meat Boy
- Toy Soldiers
- Toy Soldiers Cold War
- Viva Pinata
- Viva Pinata Trouble in Paradise
- Zuma
[/lists]
Halo 5: Guardian
Halo 5: Guardian adalah sebuah game eksklusif yang dinantikan untuk peminat pada platform Xbox One. Video yang ditunjukkan pada program E3 mereka sedikit sebanyak menunjukkan teknik, kandungan dan jalan cerita game ini. Halo 5 akan dilancarkan pada 27hb Oktober tahun ini.
Forza Motorsport 6
Semua sudah tahu bahawa Forza Motorsport 6 akan datang secara eksklusif pada Xbox One, namun semasa persidangan, Microsoft memberi banyak info dan maklumat lebih lanjut mengenai siri baharu ini.
Dengan lebih 450 jenis kereta, 26 destinasi dan permainan multiplayer yang menyokong sebanyak 24 pemain dan yang amat dinantikan, kini Forza Motorsport mempunyai sistem cuaca dinamik. Manakala resolusi grafik adalah 1080p FULL HD dan 60FPS untuk Forza Motorsport 4 di konsol Xbox One.
Setakat ini diperkatakan bahawa Jeremy Clarkson, hos utama rancangan TopGear tidak akan muncul pada siri Forza baharu ini.
ReCore
IP Baharu untuk Microsoft, ReCore yang mempunyai gameplay yang agak unik dan menakjubkan. Sebuah game yang dibina oleh Keiji Inafune dan Armature Studios, ReCore adalah sebuah game yang memfokuskan tema yang tersendiri dengan keunikan karakter mereka tersendiri.
Berdasarkan video, Jewel seorang perempuan sebagai karakter utama dengan anjing robotik beliau, Mac yang berhadapan dengan cabaran hidup pada zaman kehancuran dunia.
Controller Baharu Microsoft Elite
Sebuah controller baharu diumumkan oleh pihak Microsoft dengan lebih banyak fungsi berbanding dengan generasi terdahulu. Dengan perubahan D-Pad sehingga butang macro dibahagian dibelakang.
Salah satu fungsi yang mengagumkan adalah ianya dapat ditukar kepada aksesori yang anda minati dengan hanya cabutkan sahaja komponen daripada controller tersebut.
Harga yang dipaparkan adalah USD $150 (RM565) dan dipasarkan pada bulan Oktober.
Fable Legends
Mengikut kepada pendapat IGN, siri baharu Fable Legends ini berkemungkinan adalah sebagai segmen game baharu bagi siri Fable. Pemain kini boleh memilih antara dua jalan cerita, antara sebagai The Heroes atau The Villain.
Fable Legends akan dipasarkan hanya untuk platform Xbox One & PC.
Demo HoloLens Bersama Minecraft
Salah satu demo yang agak menakjubkan adalah Hololens bersama Minecraft. Mojang, pembina game Minecraft menunjukkan serba sedikit demo Minecraft dengan menggunakan kelebihan teknologi dari Microsoft, HoloLens. Dengan menggunakan HoloLens, pemain kini boleh bermain Minecraft secara interaktif pada mana-mana permukaan rata seperti meja atau atas lantai sekalipun.
Berdasarkan pada video demo diatas, pemain dapat tengok dunia Minecraft dari setiap sudut, seolah-olah anda berada di alam permainan itu sendiri. HoloLens juga mempunyai sistem arahan suara yang dimana berdasarkan video demo, sebagai contoh pemain boleh berkata “lightning strike” untuk memberikan kesan kilat terhadap tempat yang ditentukan.
Rise Of The Tomb Raider
Sebagai sebuah game eksklusif untuk Xbox One, video gameplay Tomb Raider baharu dikeluarkan buat pertama kali pada E3 lepas. Dengan suasana kawasan bergunung dengan cuaca salji yang amat teruk menampakkan game ini akan memberikan aksi dan kepuasan kepada pemain kelak.
Berdasarkan sumber, game ini hanyalah eksklusif buat sementara waktu sahaja untuk Xbox One, namun maklumat lanjut masih tidak diketahui.
Gears 4 (Gears Of War)
Sebagai game eksklusif, sekali lagi Microsoft memberikan kejutan kepada pemain dengan video gameplay pertama kali dipaparkan kepada umum. Berdasarkan video, dengan suasana gelap dan ngeri, pemain perlu menempuh cabaran dengan melawan musuh seperti makhluk dan alien.
Gears Of War Ultimate Edition
Dalam masa yang sama, peminat Gears Of War kini boleh mendapatkan siri klasik Gear Of War daripada versi Xbox 360 kepada gen kini Xbox One dan PC.
Dengan kualiti grafik yang akan ditambah baik beserta dengan resolusi 1080p dan kelajuan grafik 60fps. Manakala resolusi 4K dan DX12 untuk versi platform PC.
Video Dark Souls III
Selepas tertiris, kini video mengenai Dark Souls III pertama kalinya dipaparkan pada persidangan E3 2015 Microsoft. Dark Souls III akan berada untuk platform Xbox One, PS4 dan PC.