Berdasarkan pada sumber lepas, CD Projekt Red pernah menyatakan bahawa tahun ini dan 2016 adalah tahun Witcher 3 sepenuhnya. Ini bermakna mereka tidak akan fokus kepada pembangunan Cyberpunk 2077 buat masa ini atas sebab impak jualan akan berlaku kepada Witcher 3: Wild Hunt.
Namun kini arus ombak telah beralih, dimana Michal Nowakowski selaku Senior Vice President di CD Projekt menyatakan bahawa genre RPG ini telah mempunyai “sekumpulan pasukan yang besar” untuk pembangunan Cyberpunk 2077.

