CEO baharu Nintendo Jepun, Shuntaro Furukawa menyatakan hasrat beliau untuk mengeluarkan produk seumpama model 3DS kelak, mengikut dari temu ramah beliau bersama Kyoto Shimbun.
Shuntaro yang baru sahaja menyandang jawatan CEO ini ingin mengembalikan generasi 3DS, selepas 7 tahun dari tarikh pelancaran asal. Mengikut beliau lagi, ini adalah salah satu gerakan yang sama dengan fokus syarikat didalam industri permainan video. Sepertimana kita semua tahu, Nintendo sentiasa memfokuskan kepada peranti atau konsol dengan keunikan mereka.
Beliau juga mengatakan “3DS baharu” ini akan menjadi sebuah peranti berbeza dari Nintendo Switch, yang kini telahpun 2 tahun didalam pasaran dengan jayanya.
Setakat ini tiada maklumat lanjut dinyatakan mengenai peranti baharu ini, sama-sama kita nantikan.
Apakah pendapat anda? Adakah 3DS baharu ini akan memberi impak jualan kepada Switch, atau sebaliknya?