fbpx

Crash Bandicoot 4: It’s About Time Diumum

Selepas tirisan dibuat oleh agensi penilaian di Taiwan berkenaan dengan Crash Bandicoot baharu minggu lepas, hari ini Activision membuat pengumuman mengenai permainan ini.

Selepas beberapa remake dilancarkan, Crash Bandicoot 4: It’s About Time akhirnya bakal hadir ke pasaran pada bulan Oktober ini.

Permainan ini dibangunkan oleh Toys For Bob, sebuah studio yang terlibat dengan pembangunan permainan Skylanders dan Spyro Reignited Trilogy.

Crash Bandicoot 4: It’s About Time bakal hadir ke PS4 dan Xbox One pada 2hb Oktober.

Berkaitan

- Iklan -

Komen