Selepas pengumuman mengejut Crysis Remastered pada April yang lepas, akhirnya permainan pembuatan semula yang dibangunkan oleh Crytek ini bakal hadir pada 18hb September.
Pengumuman tersebut disertakan dengan video yang menunjukkan penambahbaikan yang dibawa didalam versi Remastered ini.
Dari video diatas, permainan ini bakal menggunakan kelebihan teknologi Ray Tracing khususnya pada pantulan cahaya dan kualiti air. Selain dari itu, aset-aset permainan bakal ditambahbaik dengan tekstur sehingga resolusi 8K.
Crysis Remastered bakal hadir ke platform PS4, PC (Epic Games Store) dan Xbox One pada 18hb September, manakala pemain Switch boleh nikmatinya lebih awal pada 23hb Julai.

