fbpx

Cyberpunk 2077 Bakal Menawarkan DLC Percuma

Permainan RPG pandangan pertama dari CD Projekt Red, Cyberpunk 2077 bakal menawarkan DLC secara percuma. Ini disahkan mengikut dari maklum balas dari soalan yang dituju didalam laman sosial Twitter.

Mengikut dari pertanyaan diatas, seorang peminat menanyakan mengenai permainan ini bakal membawakan DLC percuma seperti yang kita dapati dari permainan CDPR sebelumnya, The Witcher 3. Jawapan diberi adalah positif dan.. semestinya membawa keriangan kepada peminat.

The Witcher 3 pernah membawakan beberapa DLC secara percuma yang lebih memfokuskan kepada kandungan kosmetik dan tambahan misi kontrak. Hearts of Stone dan Blood and Wine adalah expansion, maka ianya adalah satu kandungan berlainan dari DLC seperti yang dinyatakan diatas.

Cyberpunk 2077 bakal hadir ke PC, PS4 dan Xbox One pada 19hb November tahun ini.

Sumber: VG24/7, melalui Eurogamer.

Berkaitan

- Iklan -

Komen