Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Dapatkan Panduan Penuh Untuk Sidang Media E3 2018 Disini

61

Selamat datang ke bahagian pertama Gamer Malaya Electonic Entertainment Expo Extravaganza untuk 2018! Dengan penantian sehari sahaja lagi untuk sidang media pertama E3 akan dipapar diseluruh dunia, kami cuba sedaya upaya untuk menyediakan santapan mengenainya, malah panduan penuh untuk setiap acara strim yang anda perlu tonton, cara untuk menonton dan juga beberapa info yang kami ketahui mengenai maklumat permainan yang akan dipaparkan.

Secara ringkasnya, kami bekerja keras untuk kemudahan semua!

Electronic Arts (EA Play)

Bila?

Ahad, 10hb Jun, 2AM waktu Malaysia.

Dimana?

EA.comYouTubeTwitterFacebook, atau Instagram

Jangkaan?

EA telah mengesahkan bahawa mereka akan memaparkan Anthem, Battlefield V dan juga banyak permainan dari EA Sports (Seperti FIFA 19). Untuk IP permainan baharu mereka, Anthem, dijangka banyak video gameplay akan dipapar juga beberapa maklumat menarik seperti disebalik pembikinan permainan tersebut.

- Iklan -

Spekulasi?

Battlefield V berkemungkinan akan menyiarkan perlawanan gameplay multiplayer buat pertama kali, seperti kebiasaan dibuat didalam acara EA Play sebelum ini. EA sentiasa kekalkan dengan konsep satu permainan EA Originals pada setiap tahun, maka spekulasi ini mungkin benar.

Xbox

Bila?

Isnin, 11hb Jun, 4AM waktu Malaysia.

Dimana?

Mixxer

Jangkaan?

Microsoft nampaknya mengambil jalan untuk tidak mengumum apa-apa mengenai acara E3 mereka terlebih dahulu. Seperti kita semua tahu Crackdown 3 ditunda sehingga 2019, yang sebelumnya hanyalah khabar angin dan telahpun disahkan oleh Microsoft.

Maka, kita teruskan sahaja ke spekulasi.

Spekulasi?

Tahun ini berkemungkinan adalah sebuah tahun untuk pengumuman Forza Horizon baharu, dengan tirisan dibuat oleh Walmart Canada agak sahih, maka Forza Horizon 4 mungkin benar. Pihak pemaju, Playground Games juga sedang sibuk menyiapkan sebuah permainan RPG selain dari Forza, berkemungkinan permainan Fable.

Selain dari itu, ura-ura mengata Gears of War 5 juga akan dibawa ke pentas E3 tahun ini, dan juga Crackdown 3, yang dimana telahpun MIA setelah sekian lama.

- Iklan -

Bethesda

Bila?

Isnin, 11hb Jun, 9.30AM waktu Malaysia

Dimana?

TwitchYouTubeTwitterFacebook atau Bethesda.net

Jangkaan?

Bethesa pernah membuat pengumuman sebaik sebelum E3 membuka tirainya. Permainan yang diumumkan adalah Fallout 76 dan juga Rage 2. Dua permainan ini semestinya akan dibentangkan pada sidang media mereka.

Spekulasi?

Spekulasi menyatakan DLC / Expansion untuk Prey akan diumum berikutan oleh teaser dibuat pada awal tahun. Quake Champions juga telahpun didalam status Early Access setelah sekian lama, mungkin tiba masa untuk diumum dan siap sedia untuk pelancaran penuh? Menariknya permainan ini pernah diumum secara besar besaran pada 2 tahun yang lepas.

Devolver Digital

Bila?

Isnin, 11hb Jun, 11AM waktu Malaysia

Dimana?

Melalui akaun rasmi Twitch

 

Jangkaan?

Tiada jangkaan.

- Iklan -

Spekulasi?

Persembahan E3 Devolver lebih kepada mengejek kepada industri permainan video, namun mereka pernah mengumum beberapa permainan video tahun lepas. Mereka sama ada berpegang kepada idea yang menggila sepertimana mereka buat pada tahun lepas, atauapun memaparkan permainan indie yang ternyata menarik buat peminat.

Square Enix

Bila?

Selasa, 12hb Jun, 1AM waktu Malaysia

Dimana?

YouTubeTwitchMixxer

Jangkaan?

Square Enix juga mengambil keputusan untuk berdiam untuk acara E3 mereka.

Spekulasi?

Kingdom Hearts III semestinya akan dibawa ke dalam acara mereka kelak. Spekulasi yang amat sahih telahpun menyatakan bahawa tarikh pasaran permainan tersebut akan diumum pada sidang media mereka. Octopath Traveller mungkin akan mendapat tempat didalam sidang media Square Enix (ataupun pentas Nintendo). Kebanyakan persembahan sudah semestinya lebih memfokuskan kepada studio barat mereka.

Video Shadow Of The Tomb Raider juga akan dipapar mungkin, dan juga projek Avenger oleh Crystal Dynamics. Just Cause 4 yang baharu sahaja tertiris juga mendapat spekulasi bahawa akan mendapat video atau pengumuman baharu oleh mereka.

Selepas dua tahun Square Enix senyap didalam industri E3, sudah semestinya mereka menyimpan beberapa senjata utama mereka tahun ini.

Ubisoft

When?

Selasa, 12hb Jun, 4AM waktu Malaysia

Dimana?

Ubisoft.comYoutubeTwitch dan Mixer

Jangkaan?

Tom Clancy’s The Division 2, Beyond Good & Evil 2, Skull and Bones, Starlink: Battle for Atlas dan Transference telahpun disahkan untuk dipaparkan pada tahun ini. Kandungan baharu For Honor juga serta mendapat tempat didalam pentas Ubisoft E3 2018.

Spekulasi?

Mengikut dari acara mereka tahun lepas, Ubisoft gemar dengan teknik pengumuman menarik pada penghujung acara mereka, maka pengumuman Splinter Cell adalah spekulasi kami kali ini.

PC Gaming Show

Bila?

Selasa, 12hb Jun, 6AM Waktu Malaysia

Dimana?

pcgamingshow.com
Twitch: http://www.twitch.tv/pcgamer
YouTube: https://gaming.youtube.com/c/pcgamer/live
Mixer: https://mixer.com/pcgamer
Facebook: https://www.facebook.com/pcgamermagazine

Jangkaan?

Kebiasaanya, acara PC Gamer agak bosan ditonton. PC Gamer telahpun membuat pengumuman yang dimana lebih banyak permainan akan diumum dari tahun lepas, dan kebanyakannya datang dari indie.

Berikut adalah senarai penyampai:

  • 505 Games
  • Chance Agency
  • Cloud Imperium Games
  • Coffee Stain Studios
  • Crytek
  • Digital Extremes
  • Double Fine
  • Drake’s Cakes
  • Frontier
  • Hi-Rez Studios
  • Klei Entertainment
  • Modern Storyteller
  • Oculus Rift
  • Raw Fury
  • Sega
  • SkyDance Media
  • Starbreeze
  • Square Enix Ltd.
  • Stardock Entertainment
  • Team 17
  • tinyBuild
  • Tripwire Interactive

Spekulasi?

Jikalau PC Gaming Show ingin membawa kejutan kepada penonton, ianya semestinya Cyberpunk 2077 (melainkan CD Projekt RED mendapat jemputan untuk pentas lebih besar, iaitu Sony atau Microsoft). Namun jangan letakkan harapan yang tinggi, kebiasaanya PC Gaming Show hanya membawakan pelbagai pengumuman indie daripada permainan AAA, sebahagian dari keunikan acara itu sendiri.

Playstation

Bila?

Selasa, 12hb Jun, 9AM waktu Malaysia

Dimana?

live.playstation.com

Jangkaan?

Playstation telahpun menyatakan empat permainan akan mendapat tempat pada acara E3 kelak; Death Stranding, Ghost Of Tsushima, The Last Of Us Part II dan juga Marvel Spider-Man.

Selain dari itu, mereka juga akan mengumumkan Tetris Effect dan tarikh pasaran Days Gone.

Spekulasi?

Playstation dan Capcom keduanya selalu gerak-sama untuk pelancaran permainannya, maka Devil May Cry 5 yang sekian lama diperkatakan berkemungkinan akan dipaparkan pada acara ini, sama seperti pengumuman Monster Hunter: World pada tahun lepas. Indie mungkin mendapat kurang tempat pada kali ini. Activision mungkin akan membawa lebih banyak video mengenai Call Of Duty Black Ops 4, expansion baharu Destiny 2 dan juga Spyro Reignited Trilogy remaster.

Dan harapan besar kami adalah sesuatu baharu oleh FromSoftware.

Nintendo

Bila?

Rabu, 13hb Jun, 12AM waktu Malaysia

Dimana?

Laman web Nintendo

Jangkaan?

Nintendo tidak mengeluarkan apa-apa info buat setakan ini. Namun kita semua tahu Splatoon 2 dan Super Smash Bros. baharu akan dipaparkan selepas acara Direct mereka.

Spekulasi?

Fortnie Switch adalah salah satu ura-ura besar yang amat menarik perhatian ramai. Nintendo juga mungkan akan menyiarkan lebih banyak permainan parti ketiga seperti FIFA 19 untuk Switch dan juga Octopath Traveller.

Semestinya karakter baharu untuk Smash akan diumum, lebih menarik ianya salah satu dari Dark Souls.

Krew kami dari Gamer Matters telah sediakan kad bingo E3. Anda semua boleh bermain bersama kami untuk lihat betul atau betapa silapnya ramalan dan spekulasi kami.

Malah, krew rakan kami dari Gamer Matters akan menyiarkan rancangan istimewa 4 hari siaran langsung bermula dari 10hb Jun pada 10PM waktu Malaysia. Jom lihat Facebook Page mereka dimana rancangan ini akan disiarkan secara eksklusif disana. Sekaligus siaran langsung pertama kali dibuat dari sesi dia.log, sebuah podcast Gamer Matters!

INFO: Gamer Malaya & Gamer Matters keduanya adalah laman web media khusus kepada industri permainan video dibawah payung Gamer Media.