Warner Bros. hari ini melancarkan DLC baharu untuk Batman: Arkham Knight. DLC baharu ini yang membawa jalan cerita tambahan dari siri Batman tersendiri bertajuk A Matter of Family.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Matter of Family menempatkan set penceritaan sebelum Arkham Knight dengan watak sebagai Batgirl. Pengembaraan bersama dengan Robin di lokasi bersuasanakan taman tema.
DLC baharu ini sudah dikeluarkan untuk platform PS4 dan Xbox One khususnya untuk sesiapa yang membeli Season Pass sebelum ini. Untuk pemain tanpa pas, DLC ini boleh didapati pada 21hb Julai dengan harga USD$7 (RM26.60).
Seperti didalam jadual pelancaran Warner Bros. PC juga sepatutnya akan mendapati DLC ini, namun atas sebab teknikal yang masih lagi tidak diperbaiki sepenuhnya kini akan ditangguh buat sementara waktu.