Setelah berita baik yang lepas untuk pemain Dragon Age: Inquisition dengan DLC yang dinantikan hadir kepada platform PS4, PS3 dan Xbox 360, kini pemain akan game ini akan lebih gembira dengan DLC percuma dari BioWare.
Pada 5hb Mei (Esok), pemain game ini akan dapat DLC percuma yang bernama The Black Emporium. Ianya dipanggil sebagai “Premiere Shopping Destination” dimana anda boleh membeli senjata baru, aksesori dan barang rare dari Xenon the Antiquarian.
Dalam masa yang sama ianya akan didatangkan dengan “Mirror of Transformation” dimana anda boleh menukarkan ciri-ciri karakter anda, seperti bentuk muka. Juga, untuk pemilik siri Dragon Age yang sebelum ini (Origins atau Dragon Age II) akan dapat bonus yang lebih dengan DLC ini.
Multiplayer yang baru bernama Dragonslayer juga akan diberi secara percuma didalam DLC ini.
Kedua-dua DLC ini akan dikeluarkan secara percuma 5hb Mei untuk kesemua platform seperti PS4, PC, Xbox One, PS3 dan Xbox 360.



