International e-Sports Federation (IeSF) mengumumkan bahawa pertandingan kompetitif eSukan mereka iaitu e-Sports World Championship kali ke-8 akan diadakan di Jakarta, Indonesia bulan Oktober ini.
Pelbagai jenis game akan dipertandingkan seperti League of Legends (LoL), Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) dan juga HearthStone. Mengikut dari sumber KotakGame, IeSF kali ini akan membuka penyertaan ini kepada semua tanpa had umur khususnya.
Baca: Pasukan Dari Malaysia Memenangi WCA (DOTA 2 & CS:GO) di China
Ini adalah tahun pertama bagi kategori CS:GO untuk acara e-Sports World Championship selain daripada HearthStone yang telahpun dipilih selama 3 tahun, semenjak acara ke-6 mereka di Baku, Azerbaijan. Manakal League of Legends dipilih kali kedua semenjak acaranya tahun lepas di Seoul, Korea Selatan.
Acara e-Sport World Championship ini adalah sebuah pertandingan eSukan yang berdasarkan pasukan negara berbanding kelab yang telah banyak dibuat dalam pertandingan yang lain. Tahun lepas, mereka mencipta rekod dengan mendapat sebanyak 180 penyertaan dengan 33 buah negara.
Jumlah hadiah yang diberikan adalah sebanyak USD 54,000 (Anggaran RM221,000). IeSF juga akan membiayai sesetengah peserta dengan jumlah sebanyak USD 200,000 (Anggaran RM820,000) mengikut dari prestasi mereka sebelum ini.
Acara ini akan diadakan pada 6 – 9 Oktober 2016 di Jakarta, Indonesia.