Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

E3 2018: Devil May Cry 5 Diumum, Akan Dipasarkan Pada 2019

40

Selepas penantian lama yang boleh membuat peminat menangis, akhirnya Devil May Cry 5 diumum melalui acara sidang media Xbox E3 2018 pagi tadi. Devil May Cry 5 akan membawakan watak Nero yang kali ini menjalankan perniagaan pemburuan makhluk jahat yang bernama Devil May Cry. Beliau pernah kehilangan Devil Bringer Arm dari DMC 4, namun akan mempunyai kelengkapan lengan yang lain dengan watak sampingan baharu, Nico untuk membantu membina peralatan tersebut. Pedang Red Queen dan pistol Blue Rose, iaitu senjata klasik Nero akan kembali didalam DMC 5.

Permainan ini akan membawakan 3 karakter yang boleh dikawal, Dante yang klasik adalah berkemungkinan dari salah satu karakter tersebut. DMC 5 akan menggunakan RE Engine, sebuah enjin yang pertama kali digunakan pada Resident Evil 7 sekaligus menunjukkan kualiti grafik dan mimikan muka yang betul-betul teliti untuk semua karakter.

Berikut adalah video dipaparkan melalui sidang media tadi:

Maklumat lanjut akan diumumkan pada Gamescom kelak, dan ianya akan mula dipasarkan pada 2019 untuk PS4, PC dan Xbox One.

Artikel ini diterjemahkan dari artikel asal, Gamer Matters.