Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Ura-Ura: Devil May Cry 5 Bakal Diumumkan Pada Tahun Ini?

176

Pada awal tahun lepas, Hideaki Itsuno, Pengarah permainan siri terkenal dengan hero cilik Dante, Devil May Cry membuat pengumuman bahawa pasukan beliau sedang membangunkan sebuah projek permainan baharu dan maklumat lanjut akan diumum pada tahun yang sama (2017).

Malangnya, harapan peminat pada acara Tokyo Game Show lepas tidak dapat ditunaikan pabila beliau muat naik satu lagi status meminta maaf atas ketiadaan maklumat baharu mengenai projek beliau (berkemungkinan Devil May Cry 5) pada acara tersebut.

Setelah sekian lama, beliau memuat naik status baharu mengenakan ucapan tahun baru beliau kepada peminat. Didalam status tersebut berbunyi; “Selamat tahun baru. Kami telah mengumumkan projek baharu tahun lepas, dan minta maaf atas ketiadaan maklumat lanjut mengenainya. Buat masa sekarang ini pembinaan permainan tersebut didalam status klimaks. Sila tunggu lebih masa sedikit, kerana ianya semestinya sebuah permainan yang hebat.

Banyak spekulasi bahawa projek yang disebutkan itu adalah sekuel kepada Devil May Cry 4 (bukan siri reboot DmC oleh Ninja Theory). Malah beberapa maklumat tertiris melalui ResetEra (Sumber: PlayStation Lifestyle) menyatakan permainan ini adalah eksklusif sementara PS4, lagi satu sumber sokongan untuk siri ke-5 permainan tersebut.

Mengikut dari status tweet terbaru beliau, semestinya kita sedikit sebanyak akan dapat tahu apakah projek yang diwar-warkan oleh Itsuno pada tahun ini, dan kami semua mengharapkan sesuatu yang menarik selain dari sekuel Devil May Cry itu sendiri.

Sumber: Twitter