Hubungi: hi (at) gamermalaya.my

Episod Pertama Untuk Life Is Strange 2 Bermula Pada 27hb September Nanti
Dontnod semestinya sebuah studio pemaju yang amat sibuk sekarang, dengan permainan baharu Twin Mirrors yang diumumkan pada acara E3 2018 yang lepas, mereka juga sedang membina permainan percuma, The Awesome Adventures of Captain Spirit. Dan sekarang mereka juga membuat pengumuman tentang pelancaran permainan baharu mereka, Life Is Strange 2, sebuah permainan sekuel dari siri yang memfokuskan kepada pengembaraan dengan elemen naratif.
Permainan ini diumum melalui akaun sosial Twitter mereka dan akan mengekalkan struktur permainan berepisod, dengan sebanyak 5 episod akan dikeluarkan. Episod pertama akan dikeluarkan pada 27hb September nanti.
Episode 1 of #LifeisStrange2 will release on September 27th 2018!
Further information about #LifeisStrange2 will be revealed this August. pic.twitter.com/HR42KUyqmD— DONTNOD_Ent (@DONTNOD_Ent) June 22, 2018
Maklumat lebih lanjut akan dikeluarkan pada bulan Ogos nanti.