fbpx

Fall Guys Musim Ke-2 Bermula 8hb Oktober, Bertemakan Zaman Pertengahan

Fall Guys bakal tiba ke musim kedua pada 8hb Oktober ini.

Permainan game show dari Mediatonic ini bakal membawakan perubahan besar apabila musim baharu, iaitu yang ke-2 pada minggu hadapan. Ianya bakal membawakan peta baharu, dan juga bertemakan Zaman Pertengahan.

Malah, kandungan lain seperti penampakan “Big Yeetus” secara rawak untuk membanteras penipu yang sering dilaporkan didalam permainan ini, khususnya didalam versi PC.

Musim ke-2 juga bakal meperlihatkan beberapa perubahan kecil. Seperti Crowns, ganjaran kepada pemenang pada setiap sesi perlawanan Fall Guys, bakal menerima lebih banyak kelebihan untuk pemegang pas bermusim (seperti sistem Battle Pass oleh Dota 2) untuk tahap 3 sehingga 21. Anda juga boleh mengubahsuai plat nama sepertimana kebiasaannya kita lihat didalam kebanyakan permainan multi-pemain sekarang.

Sementara menunggu musim ke-2 tiba, pemain boleh mula meraih mata XP secara berganda sebagai persiapan. Sesuai untuk mana-mana pemain yang belum lagi mencecah tahap 40 untuk mendapat ganjaran-ganjaran yang ditawarkan.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -